- ‘Uncommon Sense with Wong Chin Huat: Constituency Redelineation and Citizen’s Vigilance’ – http://www.thenutgraph.com/uncommon-sense-with-wong-chin-huat-constituency-redelineation-and-citizen-vigilance/
- ‘Why we should not celebrate Federal Territories Day’, New Sin Yew – http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/why-we-should-not-celebrate-federal-territories-day-new-sin-yew
- ‘The Influence of Electoral Laws on the Conduct of Elections in Malaysia’, Ng Chak Ngon –https://www.academia.edu/5270000/The_Influence_of_Electoral_Laws_On_The_Conduct_Of_Elections_In_Malaysia
- ‘Malapportionment, Gerrymandering, and Seat Increase – Presentation at Bar-Tindak Malaysia Forum’, Wong Chin Huat – https://www.academia.edu/6079147/Malapportionment_Gerrymandering_and_Seat_Increase_-_Presentation_at_Bar-Tindak_Malaysia_Forum
- Profil Academia.edu Wong Chin Huat, dengan lebih bahan-bahan tentang gerrymandering – https://penanginstitute.academia.edu/ChinHuatWong
Komik Gerrymandering.
Muat turun versi PDF: SekolahAktivismeBooklet
Apa Itu Gerrymandering?
Anda telah mengundi dalam pilihanraya umum (PRU13) yang lalu. Tetapi, siapa yang menentukan kawasan yang anda perlu mengundi? Jawapannya: Suruhanjaya Pilihan Raya yang menentukan sempadan kawasan-kawasan pilihanraya.
‘Gerrymandering’ bermaksud proses penggarisan semula sempadan kawasan pilihan raya untuk keuntungan satu parti politik.
Sebagai contoh bagaimana gerrymandering berlaku, sila menonton video animasi kita:
Jadi, anda tahu bagaimana gerrymandering boleh berlaku. Anda mestilah berfikir – SAYA KISAH APA?
‘Gerrymandering’ bermaksud undi anda tidak sama nilai dengan undi orang lain. Ia bermaksud undi kesayangan anda TERBAZIR sewaktu pilihan raya umum yang lepas! Ini bercanggah dengan prinsip 1 Rakyat, 1 Undi, 1 Nilai.
Sekarang, anda harus berfikir: APA YANG BOLEH SAYA BUAT?
Sila merujuk kepada Bahagian Kedua informasi kami: Apa yang saya boleh buat?
Untuk informasi lebih lanjut, sila muat-turun memorandum kami. Anda juga boleh bermain permainan gerrymandering kami atau merujuk kepada komik gerrymandering kami!
Animal Kingdom – Gerrymandering untuk Mencuri Pilihanraya!
KEPUTUSAN Pilihanraya 2009/ RESULTS of General Election 2009
Kotak atas mewakili Negara Haiwan/Large box represents the boundaries of Animal Kingdom
Terdapat 5 kawasan pilihan raya parliament di Negara Haiwan. Setiap haiwan mewakili parti yang mendapat sokongan majority dalam kawasan-kawasan tersebut.
There are 5 parliamentary constituencies in the Animal Kingdom. Each constituency is made out of smaller voting districts. Animals represent the party that has most support in a voting district.
- Parti Gajah/ Gajah Party
- Parti Rusa/ Rusa Party
1 Rakyat, 1 Undi, 1 Nilai: Satu kawasan pengundian parlimen mesti merangkumi hanya 4-5 haiwan sahaja.
Rule no. 1: One person, one vote: There can only be 4 to 5 letters per constituency.
Cabaran 1:
Dalam pilihan raya tahun 2009, Parti Gajah memenangi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negara Haiwan. Sila lukis semula sempadan untuk 5 kawasan parlimen supaya Parti Gajah boleh menang besar dalam pilihan raya yang akan datang.
During the 2009 election, Gajah Party won a simple majority of 3 parliament seats to form the federal government of the Animal Kingdom. Your task is to redraw the boundaries of the 5 Parliamentary Constituencies to consolidate Gajah Party’s advantage.
Cabaran 2:
Bentukkan 5 kawasan parlimen dan lukis semula sempadan supaya memberi kemenangan kepada Parti Rusa dalam pilihan raya kali ini.
Create 5 parliamentary constituencies to allow Rusa Party to win the G.E. this time.
Cabaran Bonus:
Memansuhkan peraturan 1 Rakyat, 1 Undi. Sekarang, tiada had-had untuk saiz kawasan pengundian. Kelima-lima kawasan boleh menjadi sebesar atau sekecil semungkin. Sila lukis semula sempadan untuk 5 kawasan parliamen supaya Parti Rusa boleh menang besar dalam pilihanraya yang akan datang.
Remove the “One person, One vote” rule. Now there are no limits to the size of constituencies; the 5 districts can be however large or small. Redraw the boundaries of 5 constituencies to give Rusa party a landslide victory.
Muat-turun: Animal Kingdom BM
Memorandum Anti-Gerrymandering
Sila muat-turun.
Memorandum anti-gerrymandering 5 mukasurat (BM): Memo-BM-Final
Malaysia dahulunya merupakan jajahan British. Kita menggunakan sistem Westminster British yang mempunyai dua dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Ahli-ahli Dewan Negara dipanggil Senator dan ahli-ahli Dewan Rakyat dipanggil Ahli Parlimen. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditugaskan untuk menguruskan pilihan raya bagi memilih keahlian Dewan Rakyat.
Merujuk kepada sistem pilihanraya, Malaysia mengamalkan sistem “first-past-the-post” yang bermaksud: calon yang memiliki jumlah undi paling banyak akan menang. Oleh itu, setiap undi adalah penting. Secara amnya, untuk satu pilihan raya yang adil, prinsip yang paling penting ialah 1 Pengundi, 1 Undi, 1 Nilai.
Apa Yang Saya Boleh Buat? Jom, Turun Padang!
SPR akan melakukan penggarisan semula kira-kira pada Mac 2014. Selepas proses ini dibentangkan di Parlimen, rakyat diberi masa 1 bulan untuk mengumpul 100 tandatangan dalam kawasan tersebut supaya SPR akan mengaji semula proses penggarisan semula sempadan kawasan SPR.
Untuk mengumpul tandatangan, anda boleh merujuk kepada kempen-kempen aktif yang dilancarkan oleh organisasi-organisasi lain. Contohnya: –
- Kempen DART yang dilancarkan oleh BERSIH akan membuat ‘road show’ ke bandar-bandar di seluruh Malaysia untuk menjelaskan proses persempadanan dan gerrymandering. Kempen ini juga akan merekruit 5-10 sukarelawan untuk menubuhi pasukan DART yang bertanggungjawab untuk mengumpul 100 tandatangan di konstituensi tersebut. Anda boleh menyemak jikalau kempen DART akan membuat sesi pencerahan di negeri anda dengan melayari laman web mereka. Anda boleh menjadi ahli pasukan DART di konstituensi anda dan mengumpul 100 tandatangan, jikalau berlakunya gerrymandering.
- Kempen Persempadanan yang dijalankan oleh Tindak Malaysia membekalkan banyak bahan-bahan dan informasi tentang gerrymandering, termasuk peta-peta penyempadanan yang disediakan oleh mereka. Tindak Malaysia juga akan mengadakan sesi-sesi pencerahan dengan DART. Sila merujuk kepada laman web mereka untuk maklumat lanjut.
Sekolah Aktivisme juga akan melancarkan kempen turun padang gerrymandering. Kami akan berkempen mengumpul tandatangan di Puchong, konstituensi pilihan kami. Sila hubungi kami jika anda ingin menyertai kempen ini.
Muat turun PDF: 1 Pg Memo